Followers

Friday, 25 April 2014

movie ATTACK

assalamualaikum..
mari mengepost-ngepost..
ni nak cerita tntg movie kartun yg meletup2 skrg ni..
FROZEN..

tersangatlah menarik cerita ini walaupun jln ceritanya agak terlalu laju..
characternyer semua lawa2 dan comel..
paling saya suka adalah character olaf..

terlalu kelakar.. " idont have skull or bones"
hahaha..

dan yg paling menariknya adlh theme song dia..
let it go by idena menzel..
let it go by demi lovato..
kedua2 version sngt best..
videonyer juga sngt menarik..
rasa seperti kita berada di dalm cerita tu..
dan merasai apa yg si elsa tu rasa..

perasaan sedih, geram, gembira bercampur baur dlm cerita ni..
bukan nak kata apalah kan.. cerita yg Disney buat semua best giler2 punya..

saya lahir dengan kartun disney..
tak akan terpisah..

nak tunggu cerita kartun baru lagi..


yg pertam pun dah best.. yg kedua mesti lagi best..
yg siri jer x prnh tengok lagi..

P/S: dah lama x tengok wyg.. hehehe

SYurGA ciNta

assalamualaikum
siapa pernah tenguk cerita syurga cinta ni..
banyak pengajaran dlm cerita ni..
baca sinopsis ni sikit..
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang percintaan antara Am dan Shuhada. Pada awalnya, si Am ni seorang yang sudah lama terpesong dari ajaran islam oleh kerana sudah lama belajar di negara barat. Ibu bapa Am juga tidak mengambil berat tentang isu agama di dalam rumah kecuali adik angkat Am iaitu Imal. Walaupun dia seorang kanak-kanak tetapi dia lebih memahami tentang ajaran islam berbanding keluarga angkatnya. 
Ceritanya bermula apabila si Am dan kawan-kawannya membuat satu pertaruhan. Jika Am dapat bertemu janji bersama Shuhada selama sebulan kemudian putus dihadapan mereka, dia akan mendapat wang sebanyak RM500 dari kawan-kawannya. Am berusaha untuk mengambil hati Shuhada yang merupakan wanita yang bertudung serta alim. Shuhada juga tidak pernah melayan mana-mana lelaki sebelum ini. Walaupun Shuhada tahu sifat Am yang sebenar tapi dia sanggup berkawan dengan Am untuk membantu Am yang sememangnya sudah sesat.
Shuhada berusaha mengubah Am sikit demi sedikit tanpa Am sedar, Am sudah benar-benar jatuh cinta dengan Shuhada begitu juga dengan Shuhada. Dia merasakan jodohnya adalah bersama dengan Am. Lama kelamaan Am sudah pun berhijrah dari seorang yang jahil kepada seorang yang sudah memahami tentang ajaran islam serta mengetahui bahawa islam bukan agama yang boleh dipersendakan. Am sudah rajin ke masjid serta mendengar tazkirah. 



Apabila masanya sudah tiba, iaitu genap sebulan Am bersama Shuhada. Am terpaksa mengotakan janjinya bersama kawannya untuk berputus dengan Shuhada dihadapan mereka. Am cuba memberitahu Shuhada sebelum hari itu berlaku, tetapi Am tidak sampai hati untuk melukakan hati Shuhada.

Masanya sudah tiba apabila Am membawa Shuhada dihadapan kawannya dan mengecewakan hati Shuhada dan menyebabkan Shuhada menangis dan tersangat kecewa dengan Am. Tapi Am rasa tersangat serba salah terhadap keputusan yang dibuat itu. Hidup Am tidak tenang disebabkan dia mempermainkan hati dan perasaan wanita yang dicintai. Dia melakukan semua itu atas syarat dan janji yang telah dibuat. Am masih menyintai Shuhada. 
Am mengambil keputusan untuk bertemu Shuhada semula, tapi banyak perkara yang telah dilalui oleh Am serta Shuhada sudah tidak menyimpan perasaan lagi terhadap Am. Am amat buntu. Lalu dia membuat perancangan bersama adik angkatnya serta atuk Shuhada untuk melamar Shuhada. Akhirnya Am betul-betul menyesal dengan perbuatannya lalu Shuhada juga menerima lamaran Am itu.

story of memories

assalamualaikum
fuhhh.. berdebu tebal didalam blog ni..
sekarang saya dah masuk sem 2 kat UniMAP ni..
pahit manis, sentap menyentap, semua dah rasa..
housemate and classmate semua baik2 belaka..
tapi~
kesunyian tetap dirasai..
apabila perginya seorang yg saya amat sayangi dan cintai dunia akhirat iaitu mak saya..
saya redha dan pasrah dengan ketentuan Allah..
tapi apakan daya.. saya seorg manusia yg mempunyai hati dan perasaan..
org diluar sana cakap memang senang.. tapi saya yg merasainya..
banyak memori2 yg tercipta bersama mak..
setiap kali saya bangun tidur terus terbyg mak..
kemana saya pergi mesti ternampak memori bersama mak..
boleh dikatakan saya lebih bynk meluangkan masa dngn mak brbnding yg lain..
mak selalu backup saya..
anak yg selalu dimarahi masa kecik ni lah yg paling disayangi..
mak yakin saya boleh buat bnda yg org lain xleh buat..
bukan nak ungkit.. tapi~ semua berlaku secara pantas..
tanggal 30 januari 2014 adlh hembusan nafas terakhirnya..
membuatkan diri saya seperti seorg yg hilang kekuatan diri..
ketika itu.. duduk pun seperti mahu rebah apatah lagi mahu berdiri..
sehari sebelum perginya mak..
"Amin!! panggilkan doktor.. mak nak ubat tidur.. dah 36 jam mak tak tidur ni"
masih terngiang2 dlm telinga ini..
malam itu saya tidak berckp dengan mak sbb takut ganggu mak tidur..
saya pulang kerumah pun tanpa pngtahuannya..
rupa2nya itulah kali terakhir saya melihat wajah mak yg masih bernafas..
sampai dirumah pukul 12.30 pagi..
saya pun membuka laptop sbb nak mendownload lagu baru dari
ONE DIRECTION-STORY OF MY LIFE..
spnjng mlm saya mendengar lagu ini..
tidak saya sangka lagu ini merupakan hint yg paling besar untuk saya sbnrnya..
bibit2 sedih di dlm lagu ini mengingatkan memori saya bersama mak..
tapi apa yg menyedarkan saya..
saya sempat melakukan semua perkara sebagai balasan kepada mak saya..
saya pernah mandikan mak..
saya pernah masakkan untuk mak..
saya pernah dukung mak..
saya pernah siapkan mak..
saya pernah teman mak di hospital..
saya pernah tidur disisi mak..
permintaan terakhirnya dirumah juga saya tunaikan..
"jomlah makan sekali dengan mak.. teman mak makan"
dan pada ketika ini.. tangisan tiada makna lagi.. hanya doa2 sahaja yg sampai kepadanya..
Al-Fatihah buat emakku dari anakmu yg teramat sngt merinduimu..

"BUNGA-ZUHURAH"



Daisypath Happy Birthday tickers