Followers

Monday 1 September 2014

The Power Of The Stone





kenapa dengan the power of the stone?
pelik sikit tajuk kalini kan?
stone atau seertinya rock atau dalam bahasa melayunya batu adalah element yg terdapat dalam lapisan kerak bumi.. kalau tak ada batu dalam lapisan kerak bumi.. bumi tidak akan berbentuk sfera yg lawa..
stone juga ada pelbagai jenis dan warna..
antara jenis2 stone yang cantik dan bewarna adalah:-
BATU PERMATA

 batu permata ada pelbagai jenis warna.. akan tetapi ada juga yg mempunyai warna yg hampir sama tapi kandungannya berbeza.. ada juga yg mempunyai kandungan yg sama tapi warna yg berbeza.. contohnya RUBY dan SAPPHIRE.. gems ini adalah kembar kerana kandungan kedua2nya adalah sama cuma warnanya yg berbeza.. SAPPHIRE juga bukan hanya bewarna biru.. ada juga yg bewarna kuning.. kalau awak semua dapat lihat.. GARNET dan RUBY mempunyai warna yg hampir sama iaitu merah.. warna GARNET adalah lebih pekat dan terang berbanding RUBY.. semua batu permata ini adalah revolusi dari batu DIAMOND.. ada juga gems yg mempunyai lebih dari satu warna iaitu MOONSTONE, LAPIS LAZULI, dan OPAL..
nak memperolehi batu permata ni bukan sesuatu yg mudah.. sebutir kecil pun dah membuatkan anda bangga oleh kerana harganya yg tersangat mahal..

dibawahni gambaran batu-batu permata .. lihatlah ya power of stone
MOONSTONE

LAPIS LAZULI

OPAL

PERIDOT

GARNET


RUBY



SAPPHIRE

DIAMOND


TOPAZ
AMETHYST
EMERALD
AQUAMARINE

Friday 25 April 2014

movie ATTACK

assalamualaikum..
mari mengepost-ngepost..
ni nak cerita tntg movie kartun yg meletup2 skrg ni..
FROZEN..

tersangatlah menarik cerita ini walaupun jln ceritanya agak terlalu laju..
characternyer semua lawa2 dan comel..
paling saya suka adalah character olaf..

terlalu kelakar.. " idont have skull or bones"
hahaha..

dan yg paling menariknya adlh theme song dia..
let it go by idena menzel..
let it go by demi lovato..
kedua2 version sngt best..
videonyer juga sngt menarik..
rasa seperti kita berada di dalm cerita tu..
dan merasai apa yg si elsa tu rasa..

perasaan sedih, geram, gembira bercampur baur dlm cerita ni..
bukan nak kata apalah kan.. cerita yg Disney buat semua best giler2 punya..

saya lahir dengan kartun disney..
tak akan terpisah..

nak tunggu cerita kartun baru lagi..


yg pertam pun dah best.. yg kedua mesti lagi best..
yg siri jer x prnh tengok lagi..

P/S: dah lama x tengok wyg.. hehehe

SYurGA ciNta

assalamualaikum
siapa pernah tenguk cerita syurga cinta ni..
banyak pengajaran dlm cerita ni..
baca sinopsis ni sikit..
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang percintaan antara Am dan Shuhada. Pada awalnya, si Am ni seorang yang sudah lama terpesong dari ajaran islam oleh kerana sudah lama belajar di negara barat. Ibu bapa Am juga tidak mengambil berat tentang isu agama di dalam rumah kecuali adik angkat Am iaitu Imal. Walaupun dia seorang kanak-kanak tetapi dia lebih memahami tentang ajaran islam berbanding keluarga angkatnya. 
Ceritanya bermula apabila si Am dan kawan-kawannya membuat satu pertaruhan. Jika Am dapat bertemu janji bersama Shuhada selama sebulan kemudian putus dihadapan mereka, dia akan mendapat wang sebanyak RM500 dari kawan-kawannya. Am berusaha untuk mengambil hati Shuhada yang merupakan wanita yang bertudung serta alim. Shuhada juga tidak pernah melayan mana-mana lelaki sebelum ini. Walaupun Shuhada tahu sifat Am yang sebenar tapi dia sanggup berkawan dengan Am untuk membantu Am yang sememangnya sudah sesat.
Shuhada berusaha mengubah Am sikit demi sedikit tanpa Am sedar, Am sudah benar-benar jatuh cinta dengan Shuhada begitu juga dengan Shuhada. Dia merasakan jodohnya adalah bersama dengan Am. Lama kelamaan Am sudah pun berhijrah dari seorang yang jahil kepada seorang yang sudah memahami tentang ajaran islam serta mengetahui bahawa islam bukan agama yang boleh dipersendakan. Am sudah rajin ke masjid serta mendengar tazkirah. 



Apabila masanya sudah tiba, iaitu genap sebulan Am bersama Shuhada. Am terpaksa mengotakan janjinya bersama kawannya untuk berputus dengan Shuhada dihadapan mereka. Am cuba memberitahu Shuhada sebelum hari itu berlaku, tetapi Am tidak sampai hati untuk melukakan hati Shuhada.

Masanya sudah tiba apabila Am membawa Shuhada dihadapan kawannya dan mengecewakan hati Shuhada dan menyebabkan Shuhada menangis dan tersangat kecewa dengan Am. Tapi Am rasa tersangat serba salah terhadap keputusan yang dibuat itu. Hidup Am tidak tenang disebabkan dia mempermainkan hati dan perasaan wanita yang dicintai. Dia melakukan semua itu atas syarat dan janji yang telah dibuat. Am masih menyintai Shuhada. 
Am mengambil keputusan untuk bertemu Shuhada semula, tapi banyak perkara yang telah dilalui oleh Am serta Shuhada sudah tidak menyimpan perasaan lagi terhadap Am. Am amat buntu. Lalu dia membuat perancangan bersama adik angkatnya serta atuk Shuhada untuk melamar Shuhada. Akhirnya Am betul-betul menyesal dengan perbuatannya lalu Shuhada juga menerima lamaran Am itu.
Daisypath Happy Birthday tickers